Thursday, August 12, 2010

Resepi Badak Berendam

hari ni.... hari kedua berpuasa... nafsu makan masih boleh dikawal lagi... tak mcm tahun lps... main hentam saja makan... kalau org lain kurus di bulan puasa... aku gemuk... harap2 tahun tidak terjadi lagi....... hikhikhikhihi

semalam....
masak lemak ketam... tp aku mkn masa sahur pagi td... kerana dah byk mkn kuih-muih semasa berbuka...

puasa bulan ini mahu berazam :=
- tak mahu makan berlebihan
- tak mahu minum ais banyak2
- tak mahu minum sejuk2
- tak mahu tidur selepas makan... samada selepas berbuka atau bersahur....
harap2 berjalan dengan lancar semua azam2 ini (^_^)

hari ini..... nak buat :=
- ikan goreng
- sambal udang
- badak berendam
- yang lain beli (^_^)

jom layan resepi badak berendam


Bahan-bahan:

1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam

Cara penyediaan :

1) Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

Sedia untuk dihidangkan.



yang ni tak boleh makan tauuu
(^_^)


No comments: